Wednesday, June 30, 2010

~mAmA: the untold story 2~

Pernah tidak kamu merasa seperti kamu benar-benar marah dan kecewa dengan layanan ibu-mu terhadap-mu? Bagaikan ingin menjerit dan menengking kerana hati yang bengkak dengan rasa pilu melihat ketidakadilannya terhadap kamu?

Pasti aku tergolong sebagai anak derhaka kerana ketidak-puasan hati ini... Bentak hati-ku pasti akan mengheret jiwa ke neraka jahanam...

Tapi, mengapa aku masih lagi tidak mahu insaf? Kenapa aku masih lagi bersikap "ah! biarlah aku derhaka! aku bengang! suka hati aku lah!!!!!"?

Memang dasar manusia kufur nikmat. Manusia lain yang sudah yatim piatu di luar sana pasti akan mengeji aku.

Tapi, lewat kedewasaan usia ini, aku memang sedih dengan sikap ibu yang bercakap tanpa memikirkan perasaan aku.... (though I know that I am a fool for saying these because it is clear that children hurt their parents more with wicked words and harsh voices... and not being careful and mindful of what they say and how they say it to their elders...)

Aku tahu aku salah, tapi bebelan-nya semasa dia marah sangat menusuk kalbu-ku - bagaikan aku manusia yang tiada nilai langsung... hampas kelapa lagi baik!

~~sedih~~

Agaknya bagaimana lah rupa aku bila menjadi ibu....?

Thursday, June 24, 2010

Pabila hati lebih senang bicara cinta...

Kebelakangan ini, aku masih selalu teringatkan dia, teringatkan mereka....

Kadang-kadang rasa macam hampeh sangat.... Bukan ke aku patutnya get my own life dan bukan sangap lagi nak pikirkan sesuatu yang tak pernah wujud?

Maybe aku nie manusia nostalgic - yang mungkin realis dan idealis pada masa yang sama, tapi aku masih tetap suka kepada memori-memori ingatan silam...

Yelah... kalau dah hati ni asyik rasa macam kekurangan sesuatu.... haisyh....

Kawan aku kata maybe aku patut ada hobi dan "aktiviti" baru - to get my mind off things... lebih-lebih lagi bila dia asyik kena dengar aku bebel pasal kebosanan dan depresi aku menghadap keja yang tak pernah nak abis... x penah nak siap...

Cemburu juga bila dengar kawan-kawan yang main sports, atau lepak dengan kawan2, etc...

Umur dah tua... tapi aku masih macam kanak2 ribena yang x tak pernah nak dewasa...

Mahal betul nilai kematangan aku rupanya!

Wednesday, June 16, 2010

1ne 4our 6ix

Terlanjur menjadi diri sendiri, aku selalu tanyakan soalan ini: KENAPA?

Kenapa mesti aku jadi sesuatu yang orang lain mahu lihat sedangkan aku hakikatnya bukan begitu?

Kenapa aku kalah pada hasutan hawa nafsu sendiri sedangkan tahun demi tahun aku terus istiqamah membuat resolusi?

Kenapa tidak aku tunaikan sahaja resolusi-resolusi itu, kenapa mesti aku berlengah dan terus-terusan membuat alasan?

Excuses demi excuses - dan aku masih lagi menanyakan soalan yang sama: KENAPA....?

Thursday, June 3, 2010

Jujur

Kali ini, aku akan benar-benar jujur - jujur pada makhluk lain, jujur pada diri aku sendiri dan jujur kepada Allah. Aku tak mahu lagi menipu diri aku sendiri.

Blog ini sepatutnya menjadi tulisan paling peribadi bagiku, luahan rasa yang paling jujur.... and I will not do any other ways...

Kali ini, aku akan lepaskan beban menyimpan rahsia diri sendiri ke dalam blog ini.

Biar pun kontroversi atau taboo, aku hanya mahu menjadi aku - Dead or Alive.