Wednesday, August 5, 2009

Death - kerna mati itu benar...

Death has never promised any remorse, failure, success, healing or anything at all. Death never even promised hope or / and a piece of happiness amidst the abundance of sadness. Death is true, it's REAL - but the life before, after and in between seem so dreamy-like and not real. It seems like the times when you go out and play, and your parent calls you back home when it's dark outside and the sun has already set... you did not notice anything that you did before or after the calling - you just simply remember the voices most.

Ya, kematian tidak pernah menjanjikan apa-apa. Ia tidak pernah menjanjikan penyesalan atau rawatan atau kebijaksanaan atau hikmah atau kenyataan mahupun balasan. Siapa kata kematian itu boleh menebus kebodohan hati manusia yang melakukan dosa? Sesungguhnya kata-kata itu sememangnya cuma bait-bait patah perkataan yang tidak berlandaskan kebenaran dunia yang realiti. Apa yang nyata, satu kematian yang kau hadapi tak akan menjanjikan apa-apa perubahan kepada kau ... melainkan dalam iman-mu yang tinggal sekelumit zarah itu memang sudah ada keinginan untuk melaksanakan kelainan dan mencari jalan ke arah kejayaan, kebaikan dan kecemerlangan.

Kematian tidak menghasilkan idea atau buah fikiran, tidak pula melahirkan tindakan. Manusia yang menetapkan jalan yang ingin ditempuh - sama ada kematian yang tenang atau penyeksaan yang berpanjangan selepas jasad berpisah daripada sekujur tubuh yang lemah. Semuanya berkait rapat dengan PILIHAN.

Aku dulu pernah mempunyai satu tanggapan klise yang sangat melucukan - aku pernah percaya bahawa kematian boleh mengubah kehidupan seseorang, atau lebih tepat lagi 'PERANGAI' dan sifat serta sikap insan. Hakikatnya, apa yang sudah menjadi tabiat bukan mudah untuk di-set semula - tidak ada butang atau punat untuk ditekan dan mengembalikan kain penuh warna-warni itu kepada 'default' putih yang bersih, suci dan murni supaya mampu dicorakkan semula. Naif betul pemikiran!

Sebenarnya, kematian ayahku telah banyak mempengaruhi perjalanan hidup kami sekeluarga kini. (PENGARUH dan bukan ubah.) Tapi, masalah yang memeningkan kepala Papa dan Mama dulu masih lagi menyusahkan Mama sekarang (kalau tidak menambahkan serabut di kepala). Cabaran baru yang dihadapi saat ini pernah juga memunculkan bayangan diri mereka pada waktu dahulu. Dunia pasca sebuah kematian bukanlah terlalu berbeza daripada kehidupan yang belum pernah menemukan kematian dalam catatan dunianya.

Mungkin cuma aku yang terlalu mengharapkan perbezaan. Sakit kan, bila kita punya harapan....???

Nampak gayanya kepulangan ke pangkuan Yang Maha Esa pasti mencetuskan sedikit riuh-rendah, tapi bingit itu pasti-kan reda bila sampai masanya... and then the reality hits...

- the point of no return -

No comments:

Post a Comment