aku pernah menginginkan cinta...
aku pernah mengidamkan kasih...
aku pernah mendambakan sayang...
dalam hidupku.
aku pernah cuba mencari....
aku pernah cuba mengejari...
aku pernah cuba mencipta sendiri...
saat-saat manis itu
dalam kotak mindaku yang sempit ini.
Pernah juga dulu,
aku membayangkan bahawa
aku pasti akan berjaya
dalam misi ku itu...
Tapi itu sesungguhnya
hanyalah angan-angan barangkali...
KINI
biarkan saja aku sendirian
kerana aku tak perlu lagi
tak butuh lagi
apa yang pernah aku kehendaki
cukuplah sekadar Allah
menjadi pelindungku
tempat ku sandarkan harapan
tempat ku naungkan perasaan
tempat ku curahkan kepasrahan
agar mungkin dapat kusentuhi
lambat-laun nanti
redha-Nya Ilahi.
Pasal Toujours Advanced Collagen Shots
11 years ago
No comments:
Post a Comment